Radikal Bebas
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronik, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung, darah tinggi, kencing manis dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi bahaya penyakit kronik kerana radikal bebas ini, AntiOksida di perlukan.

Sebenarnya, tubuh manusia mengeluarkan AntiOksida secara semulajadi dan dapat meneutralkan radikal bebas ini, tetapi apabila jumlahnya (radikal bebas) terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk meneutralkan akan semakin berkurang. Merokok, misalnya, adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh.
Tubuh manusia secara semulajadi, apabila menerima kemasukan asap rokok, ia akan berusaha untuk mengeluarkan pelbagai racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas.
Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan alzheimer.
|