Kandungan Jus Magno
Jus Magno adalah kombinasi 6 sumber semulajadi ANTIOKSIDA yang di kaji rapi dan secara khusus khasiatnya iaitu Jus Manggis, Jus Aloe Vera, Jus Buah Goji, ekstrak Teh Hijau, ekstrak Biji Anggur dan Jus Buah Noni.
Jus Manggis 
Nama Saintifik: Garcinia Mangostana Bahagian yang di gunakan: Buah
Buah manggis merupakan antara buah yang di katakan terbaik sekali di kalangan buah tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. Bahan aktif yang paling penting di kenali sebagai Xanthones - kumpulan molekul yang agak unik. Xanthones di kenali sebagai Adaptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.
Jus Aloe Vera
Nama Saintifik: Aloe Barbadensis Bahagian yang di gunkan: Kandungan Dalaman
Aloe Vera telah di gunakan di merata dunia sejak dahulu lagi. Lebih dari 200 komponen biologi yang aktif, berat kompaun molekul yang tinggi dan rendah dari pelbagai kelas telah di kenali dari keistimewaan daun Aloe Vera. Ia termasuk karbohidrat (gula dan polysaccharides) Mineral dan asid malic juga di dapati di dalam gel dalaman. Komponen biologi yang lain termasuk asid amino dan asid organik. Aloe Vera adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya. Penggunaan Aloe Vera dalam Jus Magno telah mendapat kelulusan Majlis Sains Aloe Antarabangsa (IASC) di Amerika Syarikat kerana kandungan yang bersih dan tidak mengandungi komponen aloin. Inilah sebabnya kenapa Jus Magno tidak menimbulkan maalah sakit perut dan kesan sampingan.
Jus Buah Goji
Nama Saintifik: Lycium Barbarum Bahagian yang di gunakan: Buah
Buah Goji merupakan herba manis yang terkenal kerana sistem imunisasinya. Buah Goji mengandungi 18 jenis asid amino dan pelbagai kandungan (zink, besi dan sebagainya) ia juga mengandungi beta-caotene, vitamin C, vitamin B1 dan B2, vitamin E, beta-sitostrerol, asid linoleic (asid berlemak), polysaccharides yang aktif, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin), betaine dan pelbagai kandungan yang di perlukan. Zeaxanthin adalah komponen aktif yang utama di dalam buah Goji. Buah Goji menunjukkan aktiviti antioksida yang kuat.
Ekstrak Teh Hijau
Nama Saintifik: Camellia Sinensis Bahagian yang di gunakan: Daun
Teh hijau telah digunakan sejak dahulu lagi secara tradisi kerana khasiat kesihatannya. Catechins adalah komponen yang paling penting di dalam Teh Hijau. Teh Hijau mengandungi berbagai kompaun aktif seperti catechin, vitamin C, vitamin B kompleks, asid r-amino butyric, flavonoid, polysaccharides, flouride, vitamin E dan theanine (sejenis asid amino). Kebanyakan kesan sampingan yang tidak disenangi adalah berpunca dari Kafein didalamnya. Teh Hijau yang digunakan di dalam Jus Magno telah diproses secara terperinci untuk mengurangkan kandungan kafein. Ini adalah kerana, walaupun ianya mengandungi Teh Hijau, Jus Magno bebas dari kesan sampingan Kafein. Dengan mengurangkan tekanan beroksida yang di janakan oleh radikal bebas, Teh Hijau memaparkan aktiviti antioksida yang kuat.
Ekstrak Biji Anggur
Nama Saintifik: Vitis Vinifera Bahagian yang di gunakan: Buah
Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.
Jus Buah Noni (Buah Mengkudu)
Nama Saintifik: Morinda Citrifolia Bahagian yang di gunakan: Buah
Noni adalah salah satu buah tropika yang popular di gunakan dalam perubatan herba untuk kesihatan keseluruhan badan. Buah Noni mengandungi pelbagai kompaun biologi aktif seperti alkaloid, polysaccharides, scopoletin, vitamin dan mineral, damnacanthal, morindin, morindone dan glycosides. Buah Noni mengandungi kandungan semulajadi yang di panggil Proxeronine. Proxeronine ini ditukarkan ke Xeronine di dalam badan kita. Xeronine dapat mengubah struktur molekul didalam protin. Jikalau masalah yang di bangkitkan di dalam sel akibat struktur protin, kehadiran Xeronine dapat menanganinya. Buah Noni merupakan sumber antioksida yang kuat.
|